Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

51  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0602.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Zohor setelah gelincir matahari. Solat Asar ketika matahari masih bersih (belum berubah warnanya). Solat Maghrib apabila matahari sudah terbenam. Solat Isyak kadang-kadang diundurkannya dan kadang-kadang disegerakannya. Apabila dilihatnya jemaah telah berkumpul, disegerakannya dan apabila mereka lambat berkumpul, diundurkannya. Dan beliau solat Subuh ketika hari masih gelap."

52  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0558.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila solat telah diqamatkan orang, janganlah berlari ke tempat solat, tetapi berjalanlah dengan sikap tenang. Solatlah berjemaah seberapa kamu dapati, dan sempurnakanlah bahagian yang ketinggalan (kurang). Kerana apabila kamu pergi sengaja hendak solat, bererti kamu sudah seperti dalam solat."

53  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0301.
'Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Isma'il bin Ja'far menceritakan kepada kami dari Yahya bin 'Ali bin Yahya bin Khallad bin Rafi' Az Zuraqi dari datuk lelakinya dari Rifa'ah bin Rafi' "bahawasanya Rasulullah saw pada suatu hari sewaktu duduk di masjid --Rifa'ah berkata: dan kami bersama beliau-- tiba-tiba ada seorang Badui datang kepada beliau. Ia mengerjakan solat dan meringankan (mempercepat) solatnya, kemudian meninggalkan tempat solat itu lalu mengucapkan salam kepada Nabi saw, maka Nabi saw bersabda: "Dan untukmu juga (salam itu). Kembalilah lantas kerjakanlah solat, kerana sesungguhnya kamu belum solat". Maka ia pun kembali lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang lagi kepada Nabi saw dan mengucapkan salam, lantas beliau bersabda: "Dan untukmu juga. Kembalilah lantas kerjakanlah solat, kerana sesungguhnya kamu belum solat". Beliau mengulanginya dua atau tiga kali. Setiap kali ia datang kepada Nabi saw dimana ia mengucapkan salam kepada Nabi saw, maka Nabi saw bersabda: "Dan untukmu juga. Kembalilah lantas kerjakanlah solat, kerana sesungguhnya kamu belum solat." Maka orang-orang (yang ada di situ) bingung dan menganggap berat bahawa orang yang meringankan (mempercepat) solatnya bererti ia belum solat. Kemudian pada akhirnya orang Badui itu berkata: "Maka beritahukanlah, dan ajarilah saya; kerana sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang boleh benar dan boleh salah." Beliau bersabda: "Baiklah, apabila kamu mendirikan solat maka berwuduklah sebagaimana wudhuk yang Allah perintahkan kepada mu, kemudian bacalah tasyahhud (doa sesudah wudhuk) lantas dirikanlah solat. Apabila ada Quran padamu (maksudnya kamu hafal ayat-ayat Al-Qur'an) maka bacalah. Jika tidak, maka bacalah hamdalah, takbir dan tahlil. Kemudian rukuklah maka tenanglah (thuma'ninah) dalam rukuk itu, kemudian bangkitlah (i'tidal) dengan berdiri tegak, kemudian sujudlah maka tegaklah dalam sujud, kemudian duduklah maka tenanglah (thuma'ninah) dalam duduk itu, kemudian berdirilah. Apabila kamu mengerjakan yang demikian itu maka sempurnalah solatmu, akan tetapi bila kamu mengurangi sedikit saja dari yang demikian itu maka solatmu itu kurang, dan tidak akan diterima seluruhnya." Ia berkata: "Dalam hal ini ada hadis dari Abu Hurairah dan 'Ammar bin Yasir." Abu 'Isa berkata: "Hadis Rifa'ah bin Rafi' itu adalah hadis hasan". Hadis ini diriwayatkan pula dari Rifa'ah bin Rafi' itu adalah hadis hasan".

54  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0219.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Husyaim menceritakan kepada kami, Ya'la bin Atha' memberitakan kepada kami, Jabir bin Yazid bin Al Aswad Al Amiri menceritakan kepada kami dari ayahnya berkata: "Saya menyaksikan bersama Rasulullah saw akan hajinya. Saya solat Subuh bersamanya di Masjid Khaif. Ia berkata: "Ketika beliau selesai menunaikan solatnya dan beliau berpaling tiba-tiba ada dua orang laki-laki pada kaum yang lain yang keduanya tidak solat bersamanya. Lalu beliau bersabda: "Ataskulah kedua orang itu." maka keduanya didatangkan dengan gementar urat-uratnya, lalu beliau bersabda: "Apakah yang menghalangi kamu berdua untuk solat bersama kami?" Keduanya berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah solat di dalam tempat tinggal kami". Beliau bersabda: "Janganlah kamu berdua melakukannya. Apabila kamu berdua telah solat di tempat tinggalmu kemudian kamu datang ke masjid jama'ah maka solatlah kamu berdua bersama mereka, maka solat yang telah kamu kerjakan adalah sunnah bagi mu berdua!" Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Mihjan Ad Dili dan Yazid bin Amir". Abu Isa berkata: "Hadis Yazid bin Al Aswad adalah hadis hasan sahih." Itu pendapat tidak hanya seorang dari ahli ilmu. Dan dengannya Sufyan Ats Tsauri, Asy Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat. Mereka berkata: "Apabila seorang laki-laki telah solat sendirian kemudian ia mendapatkan jama'ah maka ia mengulangi solat-solat seluruhnya dalam jama'ah. Dan apabila seorang laki-laki telah solat Maghrib sendirian kemudian ia mendapatkan jama'ah, mereka berkata: "Sesungguhnya ia solat maghrib bersama mereka dan ia genapkan dengan satu rakaat, dan solat yang ia solat sendirian adalah solat fardhu menurut mereka."

55  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0219.
Dari' Aisyah, katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat subuh. Beberapa orang wanita mukminah turut solat ,berjemaah dengan Nabi saw. Mereka solat berselimut kain. Setelah selesai solat mereka kembali ke rumahnya masing-masing dan tidak seorang pun yang mengenal mereka.

56  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0492.
Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami, katanya: "Ketika aku sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba ada orang bersin. Lalu ku ucapkan 'Yarhamukallah'(Semoga Allah memberi Anda rahmat). Kerana itu seluruh jemaah menujukan pandangannya kepada ku. Aku berujar, "Aduh, ibu! Mengapa anda semua menengok kepada ku?" Mereka bahkan menepuk paha mereka. Setelah itu barulah aku tahu bahawa mereka menyuruh ku diam. Tetapi aku telah diam. Tatkala Nabi saw. telah selesai solat, Demi Allah! Aku belum pernah bertemu dengan seorang guru yang sepandai beliau mengajar, Demi Allah! Beliau tidak mengasari ku, tidak memukul dan tidak memaki ku. Beliau bersabda, "Sesungguhnya tidak patut bercakap-cakap dalam solat; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur'an."

57  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0395.
Diceritakan oleh Abu Mas'ud, r.a., bahawa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw., katanya: "Demi Allah! Ya Rasulullah! Aku luput solat Subuh (berjemaah) hanya disebabkan kerana si Anu (yang menjadi imam) terlalu memanjang-manjangkan (bacaan) solat dengan kami. " Belum pernah aku melihat Rasulullah saw. ketika beliau memberikan nasihat yang lebih marah daripada hari itu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara kamu telah menyebabkan orang menjauhkan diri (dari agama ini). Maka siapa saja solat menjadi imam bagi orang banyak, hendaklah dia meringkaskan solatnya, kerana di antara makmum itu ada orang yang lemah, ada orang tua, dan ada pula orang yang sedang mempunyai urusan.!

58  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1905.
Dari Abu Masud Al Ansari r.a. katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw. mengatakan: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya demi Allah terhenti solat Subuh (dengan berkaum-kaum) kerana si Anu sangat memanjangkan bacaannya dalam solat." Saya belum pernah melihat Nabi saw. sangat marah melebihi hari itu dalam memberikan pengajaran. Beliau bersabda: "Hai orang banyak! Di antara kamu ada yang menyebabkan orang lari (dari beribadat). Sebab itu, siapa di antara kamu yang menjadi Imam solat bagi orang banyak, hendaklah menyederhanakan solatnya, kerana di antara jemaah ada orang tua, orang lemah dan yang punya keperluan."

59  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0284.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "solat berjemaah lebih banyak nilainya dua puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar (tempat usaha) Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna, kemudian dia datang ke masjid dengan niat semata hendak solat, maka setiap dia melangkah walau selangkah, Allah menaikkannya satu darjat, dan menghapus kesalahannya, sehingga ia masuk ke masjid. Apabila ia telah masuk masjid, maka selama ia mengerjakan solat, bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat sentiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, "Wahai Allah! Ampunilah dia dan kasihilah dia!"

60  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0571.
Dari Sulaiman bin Buraidah r.a., dari bapanya, dari Nabi saw., bahawa seorang lelaki bertanya kepada beliau tentang waktu-waktu solat. Sabda Rasulullah saw., "Solatlah bersama-sama dengan kami dua hari ini." Maka ketika matahari telah gelincir, beliau menyuruh Bilal azan dan qamat untuk solat Zohor. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Asar, sedangkan matahari masih tinggi dan cahayanya masih terang. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Maghrib, iaitu ketika matahari telah terbenam. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Isyak, iaitu ketika mega merah telah hilang. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Subuh, iaitu ketika terbit fajar. Pada hari kedua disuruhnya pula Bilal azan dan qamat untuk solat Zohor agak terlewat dari kelmarin, iaitu sehingga hawa panas telah agak reda. Setelah panas reda, barulah beliau solat. Kemudian beliau solat Asar ketika matahari masih tinggi, tetapi agak terlambat dari kelmarin. Dan beliau solat Maghrib sebelum hilang mega merah. Solat Isyak setelah lewat sepertiga malam. Solat Subuh setelah langit agak bercahaya. Kemudian beliau bertanya, "Kemanakah orang yang bertanya tentang waktu solat?" Seorang lelaki menjawab, "Aku, ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Waktu waktu solat ialah seperti yang telah anda saksikan itu."